Halo sekali lagi! Adakah kalian sudah bersedia untuk kelas pada esok hari? Saya masih belum sih. Tapi pada ketika ini, saya cuma mahu bercerita pada teman-teman tentang tembikar Sarawak, yaitu salah satu kerajinan yang populer di tanah air saya, Malaysia.
Tembikar secara umumnya diperbuat daripada tanah liat melalui proses-proses yang sulit. Kerajinan tembikar yang terkenal baik di Malaysia ialah labu Sayong dan tembikar Sarawak. Aktivitas membuat tembikar ini telah lama diusahakan di Malaysia, sejak dahulu lagi. Labu Sayong berasal dari Bandar Diraja Kuala Kangsar dan kini telah pun mula dibuat di bandar-bandar lain di Malaysia karena sambutan yang menggalakkan. Tembikar Sarawak pula berasal dari Sarawak, dan merupakan kerajinan yang sangat populer di negeri itu sehingga harus dibawa pulang oleh wisatawan-wisatawan yang berlibur ke Sarawak.
Hasil temuan tembikar di daerah Sungai Sarawak sepanjang abad yang lalu telah membuktikan bahwa penduduk asli Sarawak telah mula membuat tembikar sendiri untuk kegunaan harian mereka. Pada waktu dahulu, tembikar digunakan sebagai bekas untuk menyimpan air ketika majelis-majelis perkahwinan. Tembikar Sarawak juga dipercayai mempunyai unsur-unsur kerohanian dan digunakan untuk upacara-upacara resmi setengah kaum seperti upacara “gawai” yaitu upacara yang menandakan berakhirnya musim panen padi. Kini, fungsi tembikar Sarawak telah berkembang luas. Banyak orang menggunakan tembikar Sarawak sebagai bahan hiasan dalaman karena keunikan seni ukiran pada tembikar itu sendiri. Lihat gambar di bawah ini, tembikar Sarawak bisa digunakan sebagai lampu juga.
Tembikar Sarawak mempunyai berbagai bentuk, saiz dan warna yang menarik. Saya sangat suka ukiran-ukiran pada tembikar Sarawak. Ukirannya yang sangat berkualitas pasti membutuhkan ketekunan yang tinggi dalam proses pembuatannya. Saya amat kagum akan orang yang membuatnya. Pasti tekun dan gigih sekali.
Setakat ini saja tulisan saya. Semoga terhibur. Jumpa lagi!
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm
http://www.flickr.com/photos/sharkand85/4136748816/
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0407&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm
http://www.flickr.com/photos/sharkand85/4136748816/




Cantik sekali tembikarnya! Apa Anda membawa 1 tembikar Sarawak ke Madison?
ReplyDeleteCantik sekali ya tembikar Sarawak ini! Saya tidak pernah tau tembikar ini digunakan untuk upacara-upacara resmi.
ReplyDelete